Saturday, February 27, 2021
Berita PKP 2.0 : Pemuda UMNO Gesa Segerakan Pemberian 150 Ribu Komputer Riba

PKP 2.0 : Pemuda UMNO Gesa Segerakan Pemberian 150 Ribu Komputer Riba

KUALA LUMPUR – Menerusi pembentangan Bajet 2021, kerajaan Persekutuan sebelum ini telah mengisytiharkan pemberian komputer riba kepada seramai 150,000 murid di 500 buah sekolah rintis bagi memudahkan proses pembelajaran dalam talian.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Asyraf Wajdi Dusuki, jumlah ini bersamaan 3 peratus daripada anggaran 4.7 juta murid daripada keseluruhan 10,220 buah sekolah rendah dan sekolah menengah yang bakal menerima komputer riba hasil kerjasama Kerajaan dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

“Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berharap Kerajaan dapat segera menyalurkan sumbangan komputer riba ini memandangkan sesi persekolahan melalui kaedah PdPR (Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah) sudahpun bermula.

“Pada masa sama, nasib lebih 4.7 juta murid lain di 10,220 sekolah rendah dan menengah yang berkemungkinan tidak memiliki sebarang peralatan yang bersesuaian untuk PdPR seperti telefon pintar atau laptop harus diberikan perhatian serius,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Asyraf menggesa agar Kementerian Pendidikan lebih proaktif serta segera menangani pelbagai isu dan kekangan pembelajaran agar tidak berlaku sebarang fenomena keciciran daripada arus pendidikan di kalangan rakyat dalam suasana pandemik yang sudahpun masuk tahun kedua ini.

“Buat jangka masa pendek ini, diperluaskan siaran televisyen Pendidikan dengan menukar beberapa saluran televisyen milik Kerajaan kepada siaran pendidikan sepenuhnya sepanjang sekolah ditutup akibat pandemik,” tambahnya lagi.

Pada pembentangan Belanjawan 2021 yang lepas, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan menyumbang RM150 juta yang akan disalurkan ke Tabung Cerdik. Pemberian komputeri riba kepada 150,000 murid itu adalah seiring dengan norma baharu di mana pembelajaran secara dalam talian telah menjadi satu amalan.

Relate article

Comment

..
1,551FansLike
8FollowersFollow
1,140SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular