Saturday, October 16, 2021
Berita PKP 2.0 Seluruh Negara, Kerajaan Wajar Siapkan Pelan Bantuan Bersepadu Untuk Rakyat

PKP 2.0 Seluruh Negara, Kerajaan Wajar Siapkan Pelan Bantuan Bersepadu Untuk Rakyat

Ramai yang menyuarakan ketidakpuasan hati dengan dasar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan pihak kerajaan di negeri² tertentu.
Benar, perkara yang menjadi kebimbangan orang ramai kini mengenai penularan Covid-19 yang semakin tinggi dan agak tak terkawal. Di pihak rakyat sendiri tak pasti sama ada angka yang diwar²kan ini benar ataupun tidak.
Namun sekiranya benar dan kerajaan nak pastikan bilangan pesakit Covid-19 turun ke satu angka, maka tindakan pelaksanaan perlu diterapkan ke seluruh negara.
Dalam masa yang masa, kerajaan kena pastikan apa jenis tawaran bantuan yang perlu disampaikan kepada setiap keluarga di Malaysia ini. Jangan wujudkan bantuan yang menguntungkan sebelah pihak saja. Seperti bantuan face mask sepanjang PKP sebelum ini, sehingga sekarang tak dapat² lagi.
Apabila PKP dilaksanakan, rakyat berada dalam kerugian kerana terpaksa akur, duduk di rumah, gaji dipotong dan pendapatan terjejas. Pastinya keadaan ini tidak menggembirakan di sebelah pihak rakyat. Maka setiap keputusan kerajaan dalam masa ini, perlulah benar² melegakan ekonomi keluarga rakyat.
Sekiranya dilaksanakan kelak, kawasan yang terjejas banjir akan menjadi masalah utama kepada pelbagai usaha kerajaan dan agensinya. Sebab itu, keputusan untuk mengulangi PKP seperti bulan Mac 2020 yang lepas adalah satu pilihan yang sukar dan perlu dikaji sehabis baik. Penyelesaian menang menang untuk semua pihak perlu diperhalusi.
Paling penting, kerajaan wajar akui bahawa PKP 2.0 ini merupakan kegagalan kerajaan membendung penularan secara efektif. Kegagalan tersebut tidak seharusnya dihalakan kepada rakyat. Kes naik secara mendadak di kawasan pembinaan merupakan contoh kegagalan penguatkuasaan terhadap syarikat² pembinaan di sini.

Keputusan yang bakal dibuat kelak, hendak lah bertepatan dengan keadaan dan keperluan rakyat. Secara realitinya, rakyat tidak akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi tujuan tersebut kerana pada akhirnya, semua ini demi survival diri dan keluarga.

Penulis : Mohd Riziqin Hillan Bin Md Hasbullah, Naib Ketua Pemuda UMNO Bandar Tun Razak

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,290SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular