Thursday, April 15, 2021
Berita Presiden Perlu Bersuara Bendung Polemik Dalaman UMNO - Rizalman

Presiden Perlu Bersuara Bendung Polemik Dalaman UMNO – Rizalman

KUALA LUMPUR – Rentetan isu dalaman UMNO yang tidak berkesudahan serta perbalahan dan percanggahan pendapat di kalangan pemimpin UMNO semakin lama semakin tidak terbendung.

Ketua UMNO Bandar Tun Razak Datuk Rizalman Mokhtar berkata, barisan kepimpinan parti hari ini mengeluarkan pelbagai kenyataan berdasarkan penilaian dan kefahaman sendiri atas tujuan yang sama iaitu demi kebaikan atas rasa sayangkan UMNO.

“Ada pimpinan yang mengeluarkan kenyataan yang jauh menyimpang dari keputusan parti tetapi diterima baik kerana bersifat populis dan ianya senada dengan hasrat akar umbi.

“Ada juga kenyataan pimpinan lain yang dikeluarkan selari dengan keputusan parti tetapi terus dikecam hebat kerana ianya tidak digemari oleh akar umbi,” ujarnya.

Menurut Rizalman, meskipun terdapat pelbagai pendapat dalam menentukan sesuatu keputusan di dalam parti namun ianya masih boleh diterima.

“Berlaku perbezaan pendapat bukanlah suatu kesalahan yang besar sekiranya masih lagi dalam proses perbincangan. Tetapi setelah ada keputusan yang dibuat secara kolektif masih lagi ada perbalahan maka ia kelihatan sangat janggal sehingga kita yang diluar dan di bawah tertanya-tanya apakah yang pimpinan UMNO mahukan?

“Saya sendiri keliru dengan apa yang berlaku dan tertanya-tanya adakah ini ‘strategi politik’. Saya gunakan ayat strategi politik sebab pimpinan yang mengeluarkan kenyataan ini semuanya mempunyai mandat dan kontek (hubungan) rapat dengan Presiden UMNO,” tambahnya dalam satu kenyataan di laman facebook milik beliau.

Tanpa memetik nama mana-mana pemimpin yang dimaksudkan, Rizalman turut mengharapkan polemik dalaman parti ini dapat dihentikan segera kerana ianya tidak menguntungkan parti dan membuatkan rakyat semakin meluat dengan UMNO.

“UMNO harus kembali ke meja rundingan untuk menilai semula hala tuju dan kerjasama antara parti.

“Kalau UMNO rasa sudah kuat , maka sebaiknya pasarkan semula jenama BN dan kukuhkan gerak kerja BN,” katanya.

Beliau turut menambah sekiranya UMNO tidak mempunyai kekuatan untuk bertanding (PRU-15) sendirian pada masa akan datang maka lebih baik berkawan dengan parti lawan.

Relate article

Comment

..
1,551FansLike
8FollowersFollow
1,180SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular