Friday, May 7, 2021
Berita Rakyat Malaysia 'Berkenduri' Di Facebook YB Ahmad Fadhli Bin Shaari

Rakyat Malaysia ‘Berkenduri’ Di Facebook YB Ahmad Fadhli Bin Shaari

KUALA LUMPUR – Setelah tular kenyataan YB Ahmad Fadhli Bin Shaari yang menggelarkan isi perbahasan Dato’ Seri Najib Tun Razak umpama permintaan hikayat Puteri Gunung Ledang di Dewan Rakyat, kini beliau menjadi sasaran luahan perasaan warga netizen.

Menerusi hantaran yang dibuat beliau malam tadi mendapati warga Malaysia berkenduri sakan dan meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Pasir Mas yang tidak menyebelahi rakyat hari ini.

Banyak komen² yang menganggap beliau tidak menyelami nadi rakyat yang terhimpit dengan pelbagai perkara yang boleh memudaratkan kehidupan.

Sebelum itu, Ahmad Fadhli telah membuat kenyataan yang tidak menyebelahi rakyat. Di mana beliau mengkritik syarat yang diletakkan oleh mantan Perdana Menteri Najib Tun Razak yang menyarankan kerajaan supaya membenarkan pengeluaran RM10,000 daripada akaun 1 KWSP dan tambahan lanjutan 6 bulan moratorium.

Pautan Facebook YB Ahmad Fadhli – https://www.facebook.com/318368621577316/posts/3458077297606417/

Relate article

Comment

..
1,546FansLike
8FollowersFollow
1,190SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular