Sunday, April 18, 2021
Berita Nasional RapidKL Ubah Laluan Bas Berikutan PKPD Di Kajang

RapidKL Ubah Laluan Bas Berikutan PKPD Di Kajang

KUALA LUMPUR – Susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 28 Oktober bagi Plaza Hentian Kajang, beberapa perkhidmatan bas di bawah kendalian Rapid KL akan terlibat iaitu Rapid KL laluan 450, Bas Smart Selangor bagi laluan KJ01 dan KJ04 serta laluan Bas Perantara MRT T464.

Bagi perkhidmatan Rapid KL laluan 450 dari Hab Lebuh Pudu, para penumpang adalah dinasihatkan bahawa laluan tersebut akan berakhir di Stesen MRT Kajang. Para penumpang boleh naik atau turun di stesen MRT Kajang dan meneruskan perjalanan mereka menggunakan perkhidmatan alternatif.

Manakala bagi perkhidmatan Smart Selangor laluan KJ01 ke Bandar Kajang dan KJ04 ke Presint 3, Putrajaya, laluan-laluan tersebut akan dialihkan dan memulakan operasi dari Stesen MRT Stadium Kajang.

Perkhidmatan Bas Perantara MRT laluan T464 dari Teras Jernang ke Stesen MRT Kajang juga tidak akan memasuki Plaza Perhentian Kajang.

Sehubungan itu, Rapid KL ingin mengingatkan para penumpang untuk sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang terbaik, memakai pelitup hidung dan mulut serta mengamalkan kawalan kendiri.

Di dalam memainkan peranan untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 terhadap pelanggan dan kakitangan Rapid Bus juga, pelbagai langkah-langkah telah diambil menurut SOP seperti disinfeksi dalaman bas setelah tamat perkhidmatan, penjejakan kontak menggunakan Kod QR dan saringan kesihatan Kapten Bas sebelum memulakan tugas.

Relate article

Comment

..
1,549FansLike
8FollowersFollow
1,180SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular