Saturday, July 24, 2021
Berita Remaja Berbaju Doraemon Antara Ditahan Berpesta Dalam Bilik Hotel

Remaja Berbaju Doraemon Antara Ditahan Berpesta Dalam Bilik Hotel

BUTTERWORTH – Empat remaja perempuan termasuk dua daripadanya berusia 15 tahun merupakan antara 10 ditahan ketika sedang berparti di dalam sebuah bilik hotel di sini, awal pagi tadi.

Mereka dikesan berada di dalam bilik hotel berkenaan ketika polis melakukan pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kira-kira pukul 1.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kesemua mereka didapati melanggar arahan Majlis Keselamatan Negara ketika pemeriksaan Op Covid-19 di tingkat lapan hotel itu.

“Kita mendapati 10 orang iaitu enam lelaki dan empat perempuan sedang berhibur di dalam bilik hotel tersebut.

“Saringan air kencing terhadap lima daripada turut didapati positif dadah manakala dua remaja perempuan berusia 15 tahun bersama tiga yang lain negatif,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua mereka masing-masing dikompaun RM1,000 selepas didapati melanggar SOP PKPB manakala lima orang dibawa ke lokap Ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara di Kepala Batas di sini bagi siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahya 1952.

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,250SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular