Wednesday, August 4, 2021
Berita Rizam Pertahan Presiden UMNO

Rizam Pertahan Presiden UMNO

SHAH ALAM – Wajar berhati-hati dengan kenyataan yang dikeluarkan. Itu adalah saranan yang ditujukan kepada Ketua Pemuda UMNO Pontian, Mohd Helmi Buang yang mendesak agar Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berundur dan melepaskan jawatan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor, Rizam Bin Ismail berkata gesaan tersebut tidak sepatutnya timbul di kala keadaan politik semasa parti tidak stabil.

“Dalam keadaan politik yang tidak stabil dan ekonomi yang tidak menentu, janganlah kita mengeruhkan lagi keadaan dengan memusnahkan ‘rumah’ kita dari dalam.

“Ini bukan masanya untuk kita berpecah belah dan berantakan sesama sendiri.” katanya dalam satu kenyataan di sini.

 

Rizam yang juga merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata sebagai pemimpin, Helmi sepatutnya menunjukkan contoh tauladan yang baik untuk akar umbi.

“Sebagai pemimpin yang matang kita perlu menyeru agar ahli-ahli parti merapatkan saf dan bersatu padu di belakang pemimpin utama kita iaitu Presiden UMNO.

“Institusi Presiden adalah institusi tertinggi di dalam parti yang perlu dipertahan. Jangan kita merobek lagi luka yang sudah terpahat. Ada baiknya jika kita memfokuskan kekuatan kita dengan membantu rakyat yang kini sengsara dengan pelbagai masalah ekonomi akibat Covid-19,” ujarnya.

Rizam turut memaklumkan agar Ketua Pemuda UMNO Pontian untuk gunakan platform parti seperti pemilihan parti untuk menterjemahkan maksud peribadinya.

“Sebagai ahli UMNO yang mendokong perlembagaan parti, perlulah jadikan Pemilihan UMNO ini sebagai medan memilih pemimpin. Bukannya dengan mendesak meletakkan jawatan atau berehat jika kepentingan kita tidak dituruti, tambahnya lagi.

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,250SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular