Thursday, April 15, 2021
Berita Saarani Sifatkan Allahyarham Hasbullah Sahabat Setia Dalam Perjuangan Parti

Saarani Sifatkan Allahyarham Hasbullah Sahabat Setia Dalam Perjuangan Parti

IPOH – Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman yang meninggal dunia petang semalam disifatkan sebagai sahabat yang setia kepada perjuangan parti.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, Allahyarham yang merupakan timbalan beliau dalam Badan Perhubungan UMNO Perak, komited pada tugas yang diamanah.

Menurutnya, Hasbullah selalu tampil dengan idea-idea untuk sama-sama menguatkan UMNO sebagai parti yang berorientasikan rakyat.

“Sedih dan terkejut saat menerima khabar Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman telah pulang ke rahmatullah petang tadi.

“Saya dan rakan-rakan dalam UMNO khususnya di Perak kehilangan seorang sahabat yang selalu setia kepada perjuangan. Kami mengingati arwah sebagai insan yang sangat akrab dengan rakyat melalui program-program akar umbi.

“Sesungguhnya, pemergian arwah adalah kehilangan besar kepada UMNO dan rakyat negeri Perak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Saarani turut mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham.

“Semoga ahli keluarga beliau tabah berdepan ujian ini.

“Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Hasbullah, 63, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Raub, Pahang pada pukul 7 petang semalam.

Relate article

Comment

..
1,551FansLike
8FollowersFollow
1,180SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular