Segera Buat Permohonan BPN Sebelum Ahad Ini

0
438

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan bahawa orang ramai yang bukan penerima Bantuan Rakyat Nasional (BPN) sebelum ini dan memenuhi syarat kelayakan, digesa supaya membuat permohonan segera selewat-lewatnya sehingga 15 November 2020 ini.

“BPN 2.0 adalah di bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Kita Prihatin) bagi membantu rakyat yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19,

“Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://bpn.hasil.gov.my/ atau melalui penghantaran borang manual ke pejabat LHDNM yang berdekatan” katanya.

Pembayaran akan dibuat pada Januari 2021 bagi permohonan yang baharu diluluskan, .

Orang ramai boleh melayari portal BPN di https://bpn.hasil.gov.my/ untuk muat turun syarat permohonan dan merujuk Soalan Lazim (FAQ) berkaitan bantuan ini.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh diajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here