Saturday, July 24, 2021
Ekonomi Sektor Pertanian Akan Digiatkan Secara Keseluruhan Di Sabah - Ronald Kiandee

Sektor Pertanian Akan Digiatkan Secara Keseluruhan Di Sabah – Ronald Kiandee

KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat PAC yang pertama pada tahun ini sempena Majlis Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.
–fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

 

BELURAN – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan memastikan peruntukan kementerian itu digunakan sebaiknya termasuk bagi merancakkan sektor pertanian secara keseluruhan di Sabah.

Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata Sabah merupakan pengeluar makanan yang ketara dan keterhadapan di negara ini.

“Pembangunan infrastruktur dalam pertanian akan dapat memperlihatkan kerancakan industri ini di Sabah dalam tahun-tahun ke hadapan,” katanya.

Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata ini selaras dengan komitmen Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk meneruskan pembangunan rakyat Sabah. Katanya Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang seiring akan meletakkan Sabah di tahap pembangunan yang diinginkan oleh rakyat Sabah.

Sementara itu, Ronald berkata perubahan politik kini dengan kerajaan negeri diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) harus dilihat positif.

“Ia berlaku menerusi proses demokrasi dan menjadi tanggungjawab kepada kerajaan untuk memastikan kepercayaan diberikan oleh rakyat di negeri ini diutamakan khususnya dalam aspek pembangunan,” katanya.

Ronald berkata sudah tentu beliau mahu melihat proses pembangunan di Sabah dapat direalisasikan dengan kerjasama rapat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,250SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular