Saturday, October 16, 2021
Berita Tidak Perlu Imbas MySejahtera Ketika Isi Minyak

Tidak Perlu Imbas MySejahtera Ketika Isi Minyak

PETALING JAYA – Tidak perlu imbas kod QR MySejahtera ketika hendak mengisi minyak. Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menjelaskan tiada keperluan berbuat demikian.

Dalam maklum balas e-mel kepada pertanyaan umum yang tersebar sejurus selepas penularan khabar tersebut, CPRC berkata, seseorang itu perlu mengimbas kod QR ketika memasuki sebuah premis.

“Perjumpaan singkat seperti mengisi petrol di stesen minyak atau membuat pembayaran tidak perlu mengimbas MySejahtera,” menurut e-mel itu.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid dipetik beberapa media sebagai berkata, individu masih perlu mengimbas aplikasi itu, walaupun mereka tidak memasuki kedai runcit di stesen minyak.

Ia selepas satu klip audio seorang lelaki mendakwa bapanya didenda RM1,000 kerana tidak mendaftar dengan aplikasi itu ketika mengisi petrol di stesen minyak.

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,290SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular