Saturday, October 16, 2021
Politik Tindakan Terkebelakang Tan Sri Muhyddin

Tindakan Terkebelakang Tan Sri Muhyddin

Semalam, dalam wawancara, Tan Sri Muhyddin mahu membawa Pembangkang(PH) didalam peebincandan Ekonomi, malah mahu membawa PH setiap hari bermesyuarat, Ini Pandangan saya

Mempelawa Pembangkang mungkin perkataannya menunjukkan kebaikan serta kemurnian hati. Namun perlu fikir panjang, jangan sering kali menggunakan Perkataan “Demi Rakyat” semata-mata mahu menunjukkan keutamaan kepada Rakyat, ianya boleh menjurus kepada “Membelakangkan Rakyat”

Perikatan Nasional seharusnya mengurangkan jurang permainan Politik dan terus fokus kepada kerja untuk selesaikan permasalahan Ekonomi dan Covid19.

Ahli Kabinet serta kumpulan Ahli Parlimen Kerajaan sudah cukup bagi membantu Kerajaan Tan Sri Muhyddin mentadbir tanpa ada input dari Pembangkang, terdapat lebihan Ahli Parlimen PAS, UMNO, GPS dan lain-lain, boleh sahaja digunakan didalam perancangan Kerajaan.

Maaf cakap, yang ada sekarang didalam Kerajaan pun sudah berselirat dan punyai banyak pandangan, jadi, sudah-sudahlah Kerajaan Tan Sri Muhyddin ini bermain Politik, sila lah fokus kepada masalah Negara.

Langkah membawa PH ke dalam kancah Kerajaan adalah langkah kebelakang kerajaan PN, sudah banyak kemusnahan Ekonomi dibawa oleh PH ketika itu, ekonomi tidak bergerak, Projek banyak dibatal, kalau nak sambungpun perlu jumpa Menteri Kewangan, banyak rasuah berjalan sehingga tak sempat SPRM nak siasat. Negara luar tak yakin dengan Malaysia kerana tender-tender besar dibatalkan oleh Kerajaan PH. Ahli Kerajaan PH pada ketika itu mentakbir Negara dengan perasaan membalas dendam.

Tan Sri Muhyddin sepatutnya sudah sedar bahawa semasa beliau dan rakan-rakan lain di PH, banyak perkara berkaitan Ekonomi dan Rakyat tidak diutamakan, malah PH terus membawa cadangan yang tidak boleh digunakan untuk memajukan Negara.

Ingat lagi Cadangan:-

  • “Kripto Coin” oleh Khalid Samad
  • “E-wallet” RM30 oleh Lim Guan Eng
  • “Tanam Buluh dan Sesudu Minyak Kelapa Sawit oleh Teresa Kok
  • “MySalam” RM400 juta kerajaan Bayar, guna hanya 13 juta.
    “Kereta Terbang” oleh Redzuan

Ini baru sedikit contoh dari beratus peristiwa Formula PH yang gagal dan membelakangkan Rakyat, membawa Negara kepada kemusnahan struktur ekonomi.

Saya bukan mahu jadi penentang kepada Kerajaan PN, namun apa yang cuba di cadangkan oleh Perdana Menteri adalah satu malapetaka kepada Negara sekali lagi, ianya lebih menjurus kepada Permainan Politik dari Perbincangan.

Sudah cukuplah 22 bulan kita merasai kehidupan yang perit, rakyat dibuang kerja, pelabur asing bawa dana keluar dari Malaysia, Petani Nelayan ditindas !!

Sekira Tan Seri Muhyddin berkeras mahu membawa PH ke dalam Kerajaan semula, seeloknya dipulangkan semula jawatan Perdana Menteri itu kepada DYMM Yang Dipertuan Agong.

Penulis : Datuk Razlan Rafii, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,290SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular