Thursday, October 21, 2021
Politik Tok Mat Gesa Beri Kemenangan Percuma Kepada Warisan Di Batu Sapi

Tok Mat Gesa Beri Kemenangan Percuma Kepada Warisan Di Batu Sapi

Saya memahami kebimbangan YAB Perdana Menteri semasa menyampaikan perutusan khas petang semalam, tentang pengendalian Pilihanraya Kecil Batu Sapi dan Pilihanraya Negeri Sarawak dalam situasi Malaysia masih berdepan dengan suasana pendemik.

Namun memohon peristiharan darurat sebagai alasan dan cara untuk menangguhkan keduanya bukan sahaja tidak perlu tetapi bukan jalan terbaik.

Umum mengetahui bahawa BN tidak akan bertanding di Batu Sapi dan gesaan saya ialah parti-parti lain juga memberikan laluan kepada Warisan bagi bertanding di Parlimen Batu Sapi tanpa di cabar. Ini sebagai menghormati mendiang Datuk V. K Liew, bekas Ahli Parlimen Batu Sapi dan mengelakkan pilihanraya kecil diadakan waktu ini.

Jika persefahaman sebegini boleh diusahakan, maka kita boleh memberi laluan kepada Warisan dalam PRK Batu Sapi sebagai permuafakatan nasional mengurangkan impak wabak korona kepada masyarakat. Jika ini berlaku, PRU Batu Sapi tidak diperlukan.

Untuk Pilihanraya Negeri Sarawak, tempoh matang DUN Sarawak ialah 7 Jun 2020. Jika Kerajaan Negeri berkhidmat sehingga tamat tempoh tersebut, PRN akan diadakan 60 hari dari 7 Jun 2020. Ini membolehkan PRN Sarawak diadakan dalam bulan Ogos 2021.

Bayangkan implikasi darurat jika diistiharkan, hanya untuk mengelakkan PRN Sarawak sedangkan ia boleh diadakan paling lewat 10 bulan akan datang.

Saya sangat meyakini kebijaksanaan YAB Ketua Menteri Sarawak dan pastinya beliau akan membuat keputusan terbaik dengan mengambilkira pelbagai dimensi kepentingan umum sebelum membubarkan DUN Sarawak.

Malaysia mempunyai Suruhanjaya Pilihanraya yang bebas dan mampu mengendalikan pilihanraya dalam keadaan apa sekalipun sesuai keperluan Perlembagaan. Adalah untuk SPR membuat keputusan bagaimana ia akan mengendalikan pilihanraya dengan protokal kesihatan sewaktu pandemic. SPR berwibawa memastikan prosss demokrasi berjalan dengan sebaiknya.

Malaysia adalah sebuah demokrasi yang berfungsi dengan baik dan ia mesti terus berfungsi dalam keadaaan paling getir sekalipun. Justeru itu, semua pihak mesti menghormati kearifan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk menolak darurat, mempertahankan Perlembagaan dan mengiktiraf pencapaian baik Kerajaan mengawal pandemic waktu ini.

Penulis : Dato Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan, Timbalan Presiden UMNO

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,280SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular