Saturday, October 16, 2021
Berita Trump Isytihar Darurat Di Washington D.C

Trump Isytihar Darurat Di Washington D.C

WASHINGTON – Presiden Donald Trump mengisytiharkan darurat di Washington D.C. menjelang pelantikan rasmi bakal Presiden Joe Biden yang dijadual 20 Januari ini, lapor Agensi Berita Sputnik.

“Hari ini, Presiden Donald J. Trump mengisytiharkan darurat di Washington (District of Columbia) dan memerintahkan Persekutuan membantu gerak kerja susulan Perasmian Presiden ke-59 dari 11 Januari hingga 24 Januari 2021,” memetik kenyataan Rumah Putih pada Isnin.

Pada Isnin, media melaporkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) memberi amaran protes bersenjata sedang dirancang di semua 50 ibu negara Amerika Syarikat (AS), termasuk bangunan Capitol, menjelang pelantikan rasmi presiden.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) diberi kuasa untuk membantu memastikan keselamatan awam dan melindungi harta benda sebagai sebahagian usaha mengurangkan ancaman, menurut kenyataan itu.

Pada 6 Januari, sekumpulan penyokong setia Trump menyerbu bangunan Capitol, bertempur  dengan polis dan merosakkan harta benda. Rusuhan itu tercetus selepas Trump mendesak penyokongnya untuk membantah apa yang didakwanya berlaku penipuan dalam pilihan raya.

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,290SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular