Monday, August 2, 2021
Berita Tubuh Pasukan Khas Siasatan Kartel Import Daging - Pemuda UMNO Kedah

Tubuh Pasukan Khas Siasatan Kartel Import Daging – Pemuda UMNO Kedah

ALOR STAR – Pemuda UMNO Kedah menyokong gesaan agar pasukan petugas khas dibentuk bagi menyiasat dakwaan kartel daging import, supaya sesiapa sahaja yang terbabit dengan konspirasi terkutuk itu dapat diambil tindakan tegas.

Menurut Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kedah, pendedahan jenama kumpulan kartel ini wajar untuk memberikan keyakinan kepada orang ramai.

Menurut Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kedah, pendedahan jenama kumpulan kartel ini wajar untuk memberikan keyakinan kepada orang ramai.

“Seperti mana yang disuarakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Pemuda UMNO Kedah juga gusar dengan pendedahan kartel itu yang meragut keyakinan umat Islam terhadap sistem persijilan halal negara,

“Lebih parah lagi ia menjejaskan keutuhan sistem pelbagai agensi dan mendedahkan banyak kelemahan dalam tadbir urus dipelbagai peringkat agensi kerajaan,” katanya.

Tambahnya lagi operasi kartel ini telah dijalankan sekian lama tanpa ada sebarang tindakan dan masyarakat akan mula mempersoalkan integriti penjawat awam yang terlibat dalam urusan berkenaan.

“Pemuda UMNO Kedah mendesak kerajaan mengkaji semula sistem berkaitan soal import daging dan sijil halal daging import kerana ia melibatkan banyak agensi yang memberi ruang kepada manupulasi.

“Sekarang kita melihat banyak agensi terbabit dalam sistem pengimportan daging seperti Jabatan Kastam, Maqis, Jabatan Agama dan KPDNHE,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, pasukan petugas khas yang dicadangkan turut dianggotai oleh anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat dari awal urusan import daging sehingga sampai kepada pengguna.

“Disamping dapat mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap daging import, ia dapat mengurangkan karenah birokrasi dan boleh menghindari peluang ‘kebocoran’ dalam sistem,” tambahnya lagi.

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,250SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular