Saturday, October 16, 2021
Politik Tunggu Pemilihan UMNO - Nizham

Tunggu Pemilihan UMNO – Nizham

KUALA LUMPUR – UMNO perlu mengadakan pemilihan semula pada tahun ini bagi meredakan perasaan tidak puas hati terhadap pemimpin-pemimpin parti tersebut.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi turut menyatakan bahawa banyak permasalahan dihadapi parti tersebut boleh diselesaikan secara sekali gus setelah Pemilihan UMNO dijalankan.

Dalam satu kenyataan beliau pada hari Sabtu, pentas Pemilihan UMNO akan dijadikan sebagai medan untuk memilih pemimpin-pemimpin parti yang diterima rakyat.

“UMNO perlu total Revamp. UMNO perlukan pasukan Avengers Pemimpin yang bukan hanya diterima oleh ahli tetapi diterima oleh rakyat”

Beliau turut memberikan pandangan tentang permintaan supaya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO.

“Saya berpandangan lebih baik UMNO lakukan pemilihan semula tahun ini dari “meminta Presiden berundur”. Ia lebih baik dan molek.”

Mengikut perlembagaan UMNO, pemilihan perlu diadakan setiap 3 tahun. Tahun ini merupakan tahun terakhir bagi UMNO Penggal 2018-2021.

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,290SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular