Thursday, April 15, 2021
Berita UMNO PERLU SEDAR DIRI - ANNUAR MUSA

UMNO PERLU SEDAR DIRI – ANNUAR MUSA

KUALA LUMPUR –  “UMNO kena sedar diri.”

Itu adalah pendapat Tan Sri Annuar Musa dalam Wawancara Cepumas bersama Shahril Hamdan.

Menurut beliau, penyatuan 3 parti besar Melayu iaitu UMNO, PAS dan BERSATU adalah formula terbaik untuk memenangi PRU15.

UMNO tidak boleh bergerak secara solo dalam menghadapi PRU15 kerana PAS sudah menyatakan pendirian mereka untuk bersama sama Bersatu dan UMNO. Prinsip yang dipegang adalah, “Memperkukuhkan Muafakat Nasional, Pertahankan Perikatan Nasional.” Pendirian ini dinyatakan dalam mesyuarat Muafakat Nasional ketika ditanya oleh Annuar sendiri.

PAS sendiri sudah menjadi ahli Perikatan Nasional.

Annuar menambah, dasar parti UMNO yang jelas adalah “No Anwar, No DAP.” Beliau memegang prinsip ini kerana ia telah dipersetujui oleh Biro Politik, MKT dan juga Jawatankuasa MN.

Menurut Annuar, UMNO perlu kembali ke landasan perjungan mereka iaitu menyatupadukan umat Melayu seperti tahun 1946.

UMNO perlu sedar diri bahawa tanpa PAS, mereka sukar untuk menang semula. Bagaimanapun PAS perlu sedar diri bahawa tanpa UMNO, mungkin Kedah pun akan terlepas dari tangan mereka. PPBM perlu sedar diri bahawa tanpa PAS dan UMNO, mereka akan pupus selama-lamanya.

Annuar juga mempersoalkan kenapa perlu mendesak Perdana Menteri membuat rombakan kabinet sekarang setelah 8 bulan Perikatan Nasional menjadi kerajaan. Menurutnya, UMNO sepatutnya berunding sebaik baiknya jawatan dalam kerajaan sebelum membentuk kabinet.

Bagaimanapun, beliau bersetuju sekiranya UMNO diberi jawatan kanan seperti Timbalan Perdana Menteri, tidak kiralah Presiden atau wakil dari UMNO menjawat jawatan tersebut. – Malaysia Unfold

Relate article

Comment

..
1,551FansLike
8FollowersFollow
1,180SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular