Saturday, October 16, 2021
Berita Nasional Vaksin Percuma Untuk Rakyat Malaysia

Vaksin Percuma Untuk Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia akan memberikan vaksin COVID-19 secara percuma kepada rakyat Malaysia.

YB Dato’ Sri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan berkata demikian dalam rancangan Bicara Diari Rawat (DR) bertajuk “Imunisasi COVID-19” dalam saluran RTM, Saluran 123 pada 14 Januari 2021 di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

“Ya, betul. Kita akan memberikan vaksinasi ini secara percuma kepada rakyat Malaysia.

Ini merupakan satu perkara penting, di atas keprihatinan untuk kita terus membendung dan juga memutuskan rantaian COVID-19” ujarnya.

Sebelum ini Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menjelaskan dalam kajian terbaru syarikat penyelidikan global berpangkalan di United Kingdom (UK), YouGov, seramai 82 peratus rakyat Malaysia bersedia untuk divaksinasi dan beliau berharap jumlah itu kelak akan mencapai 100 peratus.

Mengulas kriteria pemilihan vaksin yang bakal dibekalkan nanti, katanya, keutamaan diberikan kepada vaksin berkualiti tinggi, selamat digunakan selain keberkesanannya berdasarkan hasil ujian klinikal yang dilakukan oleh syarikat terlibat.

“Selain itu harga dan kos sampingan seperti keperluan peralatan dan bahan pakai buang akan diambil kira dalam pertimbangan itu.

“Cumanya dalam peringkat awal ini, vaksin yang bakal dipasarkan nanti, tentulah harganya agak tinggi sedikit dan ada perbezaan antara satu pengeluar dengan pengeluar lain.

“Jika ada peluang untuk berunding bagi mendapat harga berpatutan, kita akan lakukan untuk dapatkan kos mampu milik untuk dibiayai bukan sahaja kerajaan tetapi juga pihak swasta di negara ini,” katanya.

Malaysia akan mendapatkan bekalan 12.8 juta dos vaksin Covid-19 bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat Malaysia tahun ini.

Relate article

Comment

..
1,544FansLike
8FollowersFollow
1,290SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular