Friday, May 7, 2021
Berita Wanita UMNO Konsisten Suarakan Keluh Kesah Rakyat

Wanita UMNO Konsisten Suarakan Keluh Kesah Rakyat

Pemansuhan syarat pengeluaran I-Sinar

Pemansuhan syarat pengeluaran I-Sinar seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz semalam tentunya melegakan para pemohon yang telah membuat permohonan sebelum ini.

Pastinya desakan daripada pimpinan parti politik termasuklah daripada UMNO dan netizen seluruh negara telah memberi impak kepada hasrat mereka yang memohon pengeluaran tanpa syarat menerusi I-Sinar berkenaan.

Wanita UMNO juga secara konsisten menyuarakan persoalan dan hasrat berkenaan kerana sedar dan tahu bagaimana mereka yang berdepan dengan masalah ekonomi untuk meneruskan kelangsungan hidup setelah COVID-19 melanda negara.

Cumanya Wanita UMNO akan melihat dan meneliti secara dekat pelaksanaan pengeluaran berkenaan selepas ini supaya pemohon yang memohon pengeluaran terbabit tidak berdepan dengan sebarang kesukaran lain kelak.

Sebetulnya kita sedar dan tahu sudah pasti akan memakan masa dalam melicinkan usaha berkenaan namun kita mengharapkan ianya tidak berpanjangan supaya rakyat tidak lagi dibebani dengan masalah serta karenah birokrasi dan sebagainya.

Kita memahami dan mendengar keluh kesah rakyat di luar sana dan terima kasih kepada kerajaan yang mendengar desakan demi desakan daripada pelbagai pihak dalam isu tersebut.

Gunalah sebaiknya pengeluaran berkenaan dan pada masa yang sama wabak COVID-19 di luar sana masih bertebaran.

Masing-masing perlu memainkan peranan tersendiri dalam memutuskan rantaian pandemik tersebut. Insya Allah

Datuk Norshida Ibrahim

Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia

Ketua Wanita UMNO Segamat

Relate article

Comment

..
1,546FansLike
8FollowersFollow
1,190SubscribersSubscribe

Berita terkini

Popular